Thursday, July 20, 2017

Berita baik untuk pelanggan kami

Kami telah berada di google map..

https://maps.google.com/?cid=11327556966736952265

Sesiapa yang berminat untuk membeli benih ayam dan ayam besar boleh terus ke link di atas..

Wednesday, April 19, 2017

MANUAL INKUBATOR (Mesin Penetasan Telur)

Luqman 0196705923

PROSES PENGERAMAN TELUR MENGGUNAKAN INKUBATOR

Inkubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan proses pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan bagi menetaskan telur haiwan tersebut.

Biasanya bagi telur unggas seperti ayam, itik dan sebagainya , suhu yang di gunakan adalah sekitar 37.5 – 39.5oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi setiap spesis. Pada hari ini, inkubator digunakan secara meluas dalam industri penternakan sama ada kecil, sederhana atau besar.

MENGAPA PERLUKAN INKUBATOR ?


1.                  Induk/ayam betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh pengeraman, ini akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan.
2.                  Kadar tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang menetas serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
3.                  Kurang ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya serta terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
4.                  Ancaman pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dan sebagainya dapat dikurangkan.
5.                  Kurang risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak, dipatuk dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram akibat saiz badan induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan sebagainya.
6.                  Dapat menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika tempoh pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15 dan sebagainya.


SEBELUM MENGGUNAKAN MESIN PERKARA DI BAWAH PERLU DI PASTIKAN :

1) Isi air dalam bekas yang terdapat di dalam mesin. Ukuran lebih kurang  ½ air



2) Alas lantai mesin dengan surat khabar,supaya anak ayam yang menetas tidak licin dan mudah dibersihkan mesin.

3) Lihat thermostat yang berada di atas mesin dan set kan pada suhu 37c


4) Pasang suis plug dan hidupkan
                                                                                             

5) Pastikan lampu pada heater dibelakang mesin hidup dan lampu kipas didalam menyala



6) Biarkan selama 2jam sebelum memasukan telur.ini supaya panas mesin serata.


Telur boleh dimasukakn selepas mesin ini di panaskan selama 2jam

PANDUAN MEMILIH DAN MENJAGA TELUR SEBELUM PENGERAMAN

Telur- telur yang ingin dimasukan ke dalam mesin mestilah sempurna dari segi rupa bentuk,permukaan kulit dan saiz. telur yang tidak sempurna atau cacat tidak akan menetas walaupun dieram oleh induk ayam sendiri. Telur yang paling sesuai disimpan diantara 2-7 hari sebelum dimasukan kedalam mesin. Penyimpanan telur di atas tray telur mestilah dengan hujung bulat ke atas dan hujung runcuing ke bawah. ini bagi mengelakkan ruang udara dalam telur daripada pecah atau bocor akibat himpitan dari cecair dalam telur itu sendiri.

Cara membersikan telur yang ingin di eram dengan cara mengunakan span atau kain kering untuk mengesat kotoran seperti hajis atau tanah yang terdapat pada kulit telur kaedah ini adalah selamat dan meningkatkan peratus penetasan.

Bagi penternak yang sering memasukan telur ke dalam mesin dari perbagai peringkat sila tulis tarikh telur dimasukkan atau tarikh jangkaan menetas di atas kulit telur. Elakkan menggunakan marker atau seumpama dengannye kerana ia mungkin racun kepada telur sebaliknye gunakan pensel biasa sebagai bahan menanda.

Setelah itu masukkan telur ke dalam mesin setalah pengesan suhu pelarasan di buat.


LANGKAH MENGGUNAKAN MESIN

Langkah 1 : PROSES PENYEDIAAN MESIN PENGERAM

1) Buka pintu mesin eram tersebut
2) Bersihkan dalaman mesin tadi sekiranya terdapat kekotoran.
3) Isikan bekas yang di sediakan dengan air hampir penuh.



4) Pasang kan plug dan ON kan mesin eram tadi


Selepas mesin terpasang selama 2 jam. Mulakan langkah 2.

LANGKAH 2 : MELETAKKAN TELUR KE DALAM MESIN ERAM 

4) Letakkan semua telur dalam mesin, baringkan sahaja dan tidak perlu di tegakkan. (sila baca berkaitan dengan telur)


5) Gunakan pensel untuk menulis tarikh di setiap telur yang di masukkan agar mudah untuk di buat tindakan susulan


Langkah 3 : PROSES MENGGOLEK TELUR

1) Telur akan di golek atau di pusingkan sebanyak 3 kali sehari :

- selepas subuh/sebelum matahari terbit
- selepas zohor/semasa matahari tegak
- selepas maghrib/semasa matahari terbenam

*note: tidak kisah jam berapa pun. golek / pusing telur seperti orang bermain mahjung, jgn terlalu kasar agar telur tidak pecah. tujuan nya ialah untuk mengelakkan embrio di dalam telur tidak mati atau melekat.

Mesin inkubator tersebut dapat keluarkan anak ayam sekitar 50-100ekor setiap pusingan. Tempoh tetas adalah 21 hari. Pada hari ke-20 anak telah menebuk, dalam tempoh 24 jam anak ayam akan menebuk sekeliling telur dan penetasan berlaku.



JENIS
HARI MENETAS
AYAM KAMPUNG
18-21
AYAM MUTIARA/AYAM BELANDA
28-30
ANGSA / ITIK
28-30
BURUNG PUYUH
15-17


PANDUAN MENYULUH TELUR / EGG CANDLING







*Nota: Sekiranya terputus bekalan elektrik, jangan di buka pintu mesin eram kerana ia boleh menyebabkan haba keluar dari mesin eram . mesin ini boleh bertahan tanpa tenaga elektrik selama 6 jam. Bungkus mesin dengan kain tebal untuk mengelakkan haba keluar juga adalah satu idea yg bagus. 


Langkah 4 : TELUR MENETAS

- telur yang mula meretak haruslah di pusingkan ke atas supaya anak ayam tidak lemas.
- jangan cuba pecahkan telur tadi , biarkan anak ayam keluar secara sendiri. tetapi boleh di bantu jika perlu.
-keluarkan kulit telur tadi dari dalam mesin eram dan buang di dalam tong sampah



langkah 5 : ANAK AYAM MENGERING

- biarkan anak ayam yang telah menetas tadi berada di atas tray telur sehingga bulunya kering dan dia sudah tegap berdiri.

PENJAGAAN ANAK AYAM

- anak ayam berusia 3 hari di keluarkan dari mesin eram dan di letakkan di "brooder" dan di beri minum sahaja. 
- pastikan terdapat lampu untuk bekalkan haba panas untuk anak ayam tadi.
- pada hari ke-4 anak ayam di beri makan dan minum. dedak halus sahaja di guna kan.

Luqman 0196705923

Sunday, April 2, 2017

Tip dalam perniagaan

Copy dari yang memberi:-

"BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI"
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,
"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.
1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."
Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.
Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"
Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."
Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"
Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."
Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."
"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."
Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"
Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."
Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"
Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."
"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."
—Moral of the story
Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.
Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk, mohon اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita, semoga اللّٰه memberikan taufik dan hidayah.
Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;
“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.
Silakan share jika rasa ia menarik untuk dibaca.

Saturday, July 30, 2016

Bokasi Dedak Kering

Bokasi Dedak Kering
Harga: RM33
Anggaran Berat: 30 kg ++
Harga tidak termasuk tong







Penghantaran produk ayam kampung siap proses dan ayam kampung berempah

Tarikh: 16 /7/2016
Penghantaran produk ayam kampung siap proses dan ayam kampung berempah ke Putarajaya dan Taman Lestari Putra
Terima kasih kepda semua pelanggan. 
0196705023










Lawatan Sambil belajar SMK Tengku Makmud Iskandar

Tarikh: 23 Mei 2016
Sesi: Lawatan Sambil belajar SMK Tengku Makmud Iskandar