Luqman 0196705923
PROSES PENGERAMAN TELUR MENGGUNAKAN INKUBATOR
Inkubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan
proses pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia mempunyai satu sistem kawalan
bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan bagi menetaskan
telur haiwan tersebut.
Biasanya bagi telur unggas seperti ayam, itik dan sebagainya , suhu yang di gunakan adalah sekitar 37.5 – 39.5oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi setiap spesis. Pada hari ini, inkubator digunakan secara meluas dalam industri penternakan sama ada kecil, sederhana atau besar.
MENGAPA PERLUKAN INKUBATOR ?
1.
Induk/ayam
betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh pengeraman, ini
akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan.
2.
Kadar
tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang
menetas serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam
diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
3.
Kurang
ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya serta
terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
4.
Ancaman
pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dan sebagainya
dapat dikurangkan.
5.
Kurang
risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak, dipatuk
dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram akibat saiz badan
induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan sebagainya.
6.
Dapat
menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika tempoh
pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15 dan
sebagainya.
SEBELUM
MENGGUNAKAN MESIN PERKARA DI BAWAH PERLU DI PASTIKAN :
1) Isi air dalam bekas yang terdapat di dalam mesin. Ukuran lebih kurang ½ air
1) Isi air dalam bekas yang terdapat di dalam mesin. Ukuran lebih kurang ½ air
2) Alas
lantai mesin dengan surat khabar,supaya anak ayam yang menetas tidak licin dan
mudah dibersihkan mesin.
3) Lihat
thermostat yang berada di atas mesin dan set kan pada suhu 37c
5) Pastikan lampu pada heater dibelakang mesin hidup dan
lampu kipas didalam menyala
Telur
boleh dimasukakn selepas mesin ini di panaskan selama 2jam
PANDUAN MEMILIH DAN MENJAGA TELUR SEBELUM PENGERAMAN
Telur-
telur yang ingin dimasukan ke dalam mesin mestilah sempurna dari segi rupa
bentuk,permukaan kulit dan saiz. telur yang tidak sempurna atau cacat tidak
akan menetas walaupun dieram oleh induk ayam sendiri. Telur yang paling sesuai
disimpan diantara 2-7 hari sebelum dimasukan kedalam mesin. Penyimpanan telur
di atas tray telur mestilah dengan hujung bulat ke atas dan hujung runcuing ke
bawah. ini bagi mengelakkan ruang udara dalam telur daripada pecah atau bocor
akibat himpitan dari cecair dalam telur itu sendiri.
Cara
membersikan telur yang ingin di eram dengan cara mengunakan span atau kain
kering untuk mengesat kotoran seperti hajis atau tanah yang terdapat pada kulit
telur kaedah ini adalah selamat dan meningkatkan peratus penetasan.
Bagi
penternak yang sering memasukan telur ke dalam mesin dari perbagai peringkat
sila tulis tarikh telur dimasukkan atau tarikh jangkaan menetas di atas kulit
telur. Elakkan menggunakan marker atau seumpama dengannye kerana ia mungkin
racun kepada telur sebaliknye gunakan pensel biasa sebagai bahan menanda.
Setelah
itu masukkan telur ke dalam mesin setalah pengesan suhu pelarasan di buat.
LANGKAH MENGGUNAKAN MESIN
Langkah 1 : PROSES
PENYEDIAAN MESIN PENGERAM
1) Buka pintu mesin eram tersebut
2) Bersihkan dalaman mesin tadi sekiranya terdapat kekotoran.
3) Isikan bekas yang di sediakan dengan air hampir penuh.
1) Buka pintu mesin eram tersebut
2) Bersihkan dalaman mesin tadi sekiranya terdapat kekotoran.
3) Isikan bekas yang di sediakan dengan air hampir penuh.
4) Pasang kan plug dan ON kan mesin eram tadi
Selepas mesin terpasang selama 2 jam. Mulakan langkah 2.
LANGKAH 2 :
MELETAKKAN TELUR KE DALAM MESIN ERAM
4) Letakkan semua telur dalam mesin, baringkan sahaja dan tidak perlu di tegakkan. (sila baca berkaitan dengan telur)
4) Letakkan semua telur dalam mesin, baringkan sahaja dan tidak perlu di tegakkan. (sila baca berkaitan dengan telur)
5) Gunakan pensel untuk menulis tarikh di setiap telur yang
di masukkan agar mudah untuk di buat tindakan susulan
Langkah 3 : PROSES MENGGOLEK TELUR
1) Telur akan di golek atau di pusingkan sebanyak 3 kali sehari :
- selepas subuh/sebelum matahari terbit
- selepas zohor/semasa matahari tegak
- selepas maghrib/semasa matahari terbenam
*note: tidak kisah jam berapa pun. golek / pusing telur seperti orang bermain mahjung, jgn terlalu kasar agar telur tidak pecah. tujuan nya ialah untuk mengelakkan embrio di dalam telur tidak mati atau melekat.
1) Telur akan di golek atau di pusingkan sebanyak 3 kali sehari :
- selepas subuh/sebelum matahari terbit
- selepas zohor/semasa matahari tegak
- selepas maghrib/semasa matahari terbenam
*note: tidak kisah jam berapa pun. golek / pusing telur seperti orang bermain mahjung, jgn terlalu kasar agar telur tidak pecah. tujuan nya ialah untuk mengelakkan embrio di dalam telur tidak mati atau melekat.
Mesin
inkubator tersebut dapat keluarkan anak ayam sekitar 50-100ekor setiap
pusingan. Tempoh tetas adalah 21 hari. Pada hari ke-20 anak telah menebuk,
dalam tempoh 24 jam anak ayam akan menebuk sekeliling telur dan penetasan
berlaku.
JENIS
|
HARI
MENETAS
|
AYAM KAMPUNG
|
18-21
|
AYAM MUTIARA/AYAM BELANDA
|
28-30
|
ANGSA / ITIK
|
28-30
|
BURUNG PUYUH
|
15-17
|
PANDUAN MENYULUH TELUR / EGG CANDLING
*Nota: Sekiranya terputus bekalan elektrik, jangan di buka
pintu mesin eram kerana ia boleh menyebabkan haba keluar dari mesin eram .
mesin ini boleh bertahan tanpa tenaga elektrik selama 6 jam. Bungkus mesin dengan
kain tebal untuk mengelakkan haba keluar juga adalah satu idea yg bagus.
Langkah 4 : TELUR MENETAS
- telur yang mula meretak haruslah di pusingkan
ke atas supaya anak ayam tidak lemas.
- jangan cuba pecahkan telur tadi , biarkan anak
ayam keluar secara sendiri. tetapi boleh di bantu jika perlu.
-keluarkan kulit telur tadi dari dalam mesin
eram dan buang di dalam tong sampah
langkah 5 : ANAK AYAM MENGERING
- biarkan anak ayam yang telah menetas tadi
berada di atas tray telur sehingga bulunya kering dan dia sudah tegap berdiri.
PENJAGAAN
ANAK AYAM
- anak ayam berusia 3 hari di keluarkan dari
mesin eram dan di letakkan di "brooder" dan di beri minum sahaja.
- pastikan terdapat lampu untuk bekalkan haba
panas untuk anak ayam tadi.
- pada hari ke-4 anak ayam di beri makan dan
minum. dedak halus sahaja di guna kan.
Luqman 0196705923