Wednesday, November 19, 2014

Ayam Kampung

Di masa sekarang permintaan ayam kampung semakin meluas berikutan zaman sekarang adalah zaman dimana manusia mula terfikir tentang kesihatan diri masing-masing. Terutamanya di kalangan warga Cina, mereka tidak gemarkan ayam moden kereana kebanyakan disuntik agar cepat besar dan gemuk. Jadi secara automatik kita juga makan bahan suntikan tersebut. 

Antara keistimewaan ayam kampung yang dipetik daripada sumber Wikipedia di sini

Keistimewaan Ayam Kampung


  • Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi di pasaran.
  • Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau diternak sepanjang tahun.
  • Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi.
  • Ia juga boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal.
  • Sisa-sisa makanan di rumah boleh diberikan dan dijadikan makanan ayam.
  • Ibu ayam kampung ini dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu ayam kampung ini boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk, hujan dan gangguan musuh.

Tapi jangan salah pilih ataupun ditipu oleh penjual-penjual ayam kampung. Saya sertakan juga ciri-ciri ayam kampung manalah tahu korang nak beli ayam kampung sendiri.

Ciri-ciri Ayam Kampung

Ayam kampung dipelihara di kawasan perkampungan luar bandar dan ada sesetengah penternak menyediakan reban untuk ayam kampung ini tidur pada waktu malamnya. Jika penternak yang tidak menyediakan reban ayam, ayam-ayam kampung ini akan tidur di atas pokok yang renek bagi mengelak dari diserang oleh musang pada waktu malam.
Selaian itu baka ayam kampung ini mempunyai bulu tipis, lebih berat, kaki besar dan panjang, kulit berwarna kuning atau kemerahan-merahan. Ayam kampung KH-B1 diternak secara separa bebas dengan makanan komersil dan makanan berasaskan padi sebagai makanan utama. Ekstrak bawang putih, halia dan gula merah sebagai antibiotik juga rumput napier sebagai penyedap rasa dagingnya. Semburan BIO-TEC dilakukan secara berkala untuk menghapuskan bau yang tidak menyenangkan dan menghapuskan lalat juga sebagai minuman kesihatan kepada ayam. Berat ayam KH-B1 untuk dipasarkan ialah: Betina 1.7kg - 1.9kg, Jantan 2kg - 2.5kg.

Ok kalau nak beli samada anak, dewasa atau ayam kampung proses sila hubungi Luqman Nur Haqen di talian 0196705923 untuk maklumat lanjut. 

Terima kasih.

Wednesday, July 23, 2014

Mesin Proses Ayam

Assalam,

Dah lama juga mencari mesi proses ayam ini untuk kegunaan sendiri.

Tup tup ada orang nak jual. Buat sementara waktu ini hendak mula berniaga ambil secondhand. Cuma hendak buat kecil-kecilan.

Cara Kerja Mesin Cabut Bulu Ayam :

Masukkan ayam hasil rendaman air panas kedalam mesin, kemudian ayam akan diputar dalam tabung, kemudian pencabut bulu ayam dalam tabung akan bekerja merontokkan bulu ayam, hasil pengolahan bulu ayam tersebut bulu akan terkelupas dari kulitnya kemudian pisahkan dan bersihkan.

Fungsi dia:

Untuk merontokkan bulu ayam dari kulitnya
Untuk mencabut secara mesin bulu ayam dari kulitnya




Sebelum diubahsuai dan dibasuh


Setelah dibasuh dan ditukar getah hijau
Sekarang ni penternak berjaya Merlimau telah memulakan proses ayam kampung original terbaik dari ladang.

Sekiranya ingin membuat tempahan untuk kenduri-kendara sila hubungi Luqman 0196705923.

Terima kasih

Tuesday, July 1, 2014

Anak Burung puyuh

Burung Puyuh adalah sekumpulan burung yang bertubuh kecil tanpa ekor dari famili Phasianidae atau Odontophoridae.

Burung Puyuh memiliki sayap namun tidak pandai terbang seperti burung pada umumnya. Anatara ciri burung ini adalah termasuk pemakan biji-bijian, memiliki bulu yang loreng, dan lubang hidung berada di pangkal paruh

Burung puyuh matang pada umur 42 hari. Betina mula bertelur pada umur ini.  Seekor burung puyuh betina mampu bertelur 200-300 biji dalam setahun.





Kalau korang nak, kami ada buat promosi sempena raya. 

1 ekor = RM 1

Mari.. Mari.. Lagi banyak harga bleh runding..

:)

Hubungi Luqman 0196705923

Monday, May 19, 2014

Zoom in ke dalam reban kami

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kami menjual pebagai jenis baka ternakan yang terdiri daripada, ayam, itik, angsa, puyuh dll.

Setiap satu ternakan ini mempunyai habitat mereka tersendiri.

Jadi, hari ini kami bawakan zoom in secara eksklusif ke dalam reban kami atau boleh datang berkunjung terus di sini seperti alamat yang kami tunjukkan di halaman utama blog.






























































Untuk maklumat lanjut sila hubungi Luqman Nur Haqem di talian 0196705931